Wednesday 21 March 2012

MY MAKE-UP STUFF !!! : UPDATED AS 2012



Diantara 4 buah beg solekan yang saya miliki sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, gambar di atas ni adalah beg solekan yang kedua dan ke-empat (yang digunakan sehingga kini, 2012).

Bagi pembaca yang masih baru menceburi bidang solekan ini (newbie). Nasihat saya, anda jangan rambang mata dan keliru dengan lambakan kosmetik dan peralatan solekan yang berada di pasaran kerana buat yg baru menceburi bidang ini mesti terasa terlalu banyak modal yang diperlukan untuk memulakannya. Akibat dari kekeliruan ini, akhirnya seorang yg bakal menjadi 'makeup artist' yg hebat berhenti setakat itu sahaja.

Oleh itu belilah yang mengikut keperluan dahulu, asalkan ianya berkualitidan kesannya cantik bila membuat solekan pada pelanggan, mahal sikit pun tak apa tetapi boleh memberi kesan yg menarik dan tahan lama, kebiasanya barangan yg berkualiti ini pakai sedikit pun dah nampak kesannya.

Bagi mereka yg masih bekerja makan gaji, belanjakan sedikit duit gaji untuk membeli apa yang diperlukan. Berbelanjalah secara berhemah demi cita-cita anda.

Satu lagi pesanan saya yang teramat penting adalah sentiasa menjaga kebersihan dan susun rapi kosmetik dan peralatan solekan kerana semuanya itu akan melambangkan keperibadian anda. Insya Allah, untuk post yg akan datang, saya akan memberi tips bagaimana cara menyusun barangan solekan anda dan cara menjaga kebersihan.


Semoga berjaya dan teruskan impian. Sharing is caring ;-D.

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas solekan andaman/pengantin 'Touch By Eisya Rahman', Insya Allah saya akan mengadakan pada bulan 8 ke atas nanti.

No comments:

Post a Comment