
Saturday, 25 August 2012
SOLAT SELEPAS BERSOLEK

Tuesday, 7 August 2012
MAC MAKEUP TECHNIQUE FOR MAKEUP ARTIST







Monday, 30 July 2012
ABITO D BELLEZZE COLLECTIONS

Wednesday, 25 July 2012
CAHAYA CINTA KE III : NUR DAMIA SYIFA



Saturday, 24 March 2012
FANTASY MAKE-UP

- Asas solekan saya gunakan Supra dan juga Mineralize Skinfinish dari MAC
- Eyeshadow MAC ( Purple Haze) dan Glitter dari X-pert. Glitter ini saya beli di Jakarta, Indonesia semasa mengikut sifu saya belajar solekan di sana. Walaupun harganya sangat murah tetapi hasilnya sangat menarik. Ramai yang tidak suka menggunakannya glitter/pigment kerana ianya senang berterabur dan menjadi masalah apabila termasuk di dalam mata. Tip daripada saya adalah, basahkan eyeshadow brush sebelum menggunakan glitter /pigment. Gunakan teknik dap ke atas kelopak mata.
- Lipstick ungu MAC (Goforit-Limited Edition) ni mmg paling saya suka sebab saya mmg sukakan warna ungu.
- Lipliner saya gunakan Viva eyebrow pencil.
Wednesday, 21 March 2012
MY MAKE-UP STUFF !!! : UPDATED AS 2012

MY MAKE-UP STUFF !!!
Hai, kali ni saya nak berkongsi dengan pembaca apa yg terdapat dalam beg solekan seorang 'makeup artist'. Kumpul barangan kosmetik ni sedikit demi sedikit, lama2 dah jadi banyak sampai tak muat beg makeup yang lama, setakat ni saya ada 4 beg solekan. Beg solekan ini dibeli bukan kerana asal nampak jer nak beli tetapi mengikut keperluan memandang setahun demi setahun koleksi kosmetik dan peralatan solekan yang bertambah.
Di antara produk kegemaran saya adalah MAC Cosmetics, Dior, Body Shop, Dermacos, Kryolan, Urban Decay dan juga laian-lain produk yg menarik perhatian dan minat saya. Bila melihat banyaknya koleksi MAC cosmetics saya, ada yg tertanya-tanya adakah brand MAC yang saya gunakan adalah original atau tidak. Sudah pastinya saya menggunakan hanya yang original, kalau x percaya juga boleh tgk resit-resit yang saya kumpulkan...heheheh. Kebanyakan koleksi MAC Cosmetics saya kebanyakannya dari keluaran 'limited edition', sbb saya mmg sukakan kelainan.
Bercerita mengenai beg solekan terkini yang sehingga kini saya masih pakai adalah seperti gambar di bawah. Puas jugak nak cari beg makeup yg saya inginkan, yang menjadi idaman adalah beg solekan berjenama MAC tapi nak yang besar dan ada roda (troli) so tak lah lenguh tangan nak membawa beg makeup yg berat tu, yang dijual dikedai kebanyakkan sama macam beg solekan saya yang lama...so jalan2 cari beg makeup di Sungei Wang & Bukit Bintang bersama-sama adik saya merangkap fotografer saya juga, Rahmat. Sebanyak2 kedai kat Sungei Wang tu sy jumpa 2 kedai je yang jual beg makeup yang besar dan ada roda. Kedai yang pertama, 'design' beg tu saya tak suka sangat, macam peti PA System je yang tepi2 bag tu ada macam besi, Bila tanya harga mmg la dapat diskaun tapi mmg hati tak berkenan (untuk kegunaan sendiri saya memang agak memilih & tidak suka sama dengan org lain). Dah banyak kedai saya jalan-jalan cari beg solekan, saya terjumpa satu kedai...nampak beg makeup yg saya idam2 kan..yeh yeh yeh... nak menjerit jer rasanya, ala2 beg makeup MAC, fully black, tapi kalau beg makeup MAC kecik je mahal giler lak tu...yg ni besar dan ada roda ...Alhamdullilah mmg nak jadi rezeki saya, beg tu pun last stok..tapi depan 'saleman' tu saya taklah tunjuk sangat nak beg tu nanti tak dapat diskaun lak... :-D
Beg solekan kesayangan, nampak kemas dan mmg tahan lasak





