Wednesday 25 July 2012

CAHAYA CINTA KE III : NUR DAMIA SYIFA

Baby Photoshoot : Rahmat (Lestary Chinta Photog) I Editing : Eisya Rahman
Purple Fairy Crochet : Liz's Maravillas

Bersawang sikit blog saya ni sbb lama tak 'update' kan...sebenarnya agak ke'busy'an sikit dengan kehadiran cahaya mata baru...anak ketiga saya, Nur Damia Syifa. Tarikh kelahiran Damia amat istimewa kerana dia lahir pada hari ulangtahun perkahwinan saya dan hubby yang ke-8 tahun iaitu pada 15 Mei 2012. Semoga kehadiran Damia membawa jutaan 'keberkatan' dan mengeratkan lagi kasih sayang sayang bersama 'cinta hati' saya...wink ;-)

Ramai yg kata mata Damia macam pakai 'contact lens', sebenarnya Damia di anugerahkan warna mata sama seperti saya...Oppsstt tetapi warna mata saya 'dark brown'...mata Damia seakan-akan warna 'grey' bila kena pada cahaya. Kuasa tuhan mengatasi di luar jangkaan membuatkan kita lebih terasa dengan anugerah dan kewujudanNya. Mungkin semakin dia membesar nanti warna mata juga akan berubah.

Semasa mengandungkan Damia saya mengamalkan makan buah kurma dan walnut, buah kurma mmg bagus untuk wanita hamil kerana menambah tenaga dan memudahkan proses bersalin manakala walnut yang jika kita lihat pada bentuknya seperti otak manusia amat baik untuk wanita hamil kerana ianya mengandungi Omega-3 bagi pertumbuhan otak bayi. Bagi wanita yg hamil cubalah makan kurma bersama walnut...mmmm mmg sedap...ianya jadi macam snek harian saya.

Saya juga mengamalkan makan 10 biji spirulina setiap hari. Spirulina dikatakan dapat mencerahkan kulit bayi, ada org nak kulit anak yg bakal dilahirkan cerah minum terlalu banyak air soya (saya x suka air soya), sebenarnya tak bagus sbb minum terlalu banyak air soya akan menyebabkan bayi terkena eczema iaitu penyakit kulit. Alhamdullilah sepanjang mengandungkan Damia, BP saya pun normal dengan mengamalkan spirulina.

Apa yg paling saya suka masa mengandungkan Damia, bila jer nak tidur saya akan pasang surah Nabi Yusuf, alunan surah tersebut membuatkan saya rasa amat tenang dan tidur dengan selesa. Subhanallah....:-D

Semoga Damia membesar bersama kakak dan abangnya dan menjadi anak yg solehah. Amen





No comments:

Post a Comment