Saturday 24 March 2012

FANTASY MAKE-UP

FANTASY MAKE-UP : WILD OF ORCHID

Solekan bertemakan fantasi ini adalah pertama kali saya buat di wajah sendiri. Mula-mula nak buat butterfly sbb saya sukakan si kupu-kupu yg dianugerahkan tuhan warna sayapnya yang sangat cantik tetapi teringat pula cerita 'Si Mawar Yang Sombong' sebuah cerita kanak-kanak yang pernah saya baca dari buku yang ayah saya belikan. Dari kecil ayah mmg suka belikan saya buku sehingga di suatu sudut dalam bilik, saya jadikan mini perpustakaan dan buku-buku yang ayah belikan saya susun rapi. Semasa saya berada di darjah 2, dalam kelas Bahasa Melayu cikgu minta sesiapa sahaja menyampaikan sebuah cerita yang menarik dan boleh dijadikan pengajaran dan dapat upah 20 sen. Sudah pastinya saya yang beria ingin menyampaikan cerita 'Bunga Mawar Yang Sombong'.


Cerita 'Bunga Mawar Yang Sombong' adalah mengenai kehidupan bunga-bungan di sebuah taman dan di antara bunga-bunga yang ada, bunga mawarlah yang paling sombong dah suka bermegah-megah dengan kecantikan yang ada sehingga bunga-bunga lain sudah bosan dengan perangai angkuhnya dan mula menjauhkan diri dari berkawan dengan sekumpulan bunga-bunga mawar di taman itu. Bila datang bunga orkid, bunga mawar menghina bunga orkid kerana bunga orkid diambil dari hutan dan di tanam di taman tersebut tetapi bunga-bunga lain suka berkawan dengan kumpulan orkid yang sentiasa merendah diri dan menyenangkan hati bunga-bunga lain di taman itu. Hal ini menyebabkan bunga mawar terasa tersisih dan mula mendekati kembali bunga-bunga yang lain. Bunga-bunga lain mengatakan bahawa mereka lebih suka berkawan dengan bunga orkid kerana walaupun warna-warna orkid cantik dan berwarna-warni serta tempoh jangka hayat mereka lebih lama tetapi bunga-bunga orkid sentiasa merendah diri dan tidak sombong membangga diri seperti bunga mawar. Apabila melihat bunga Mawar dalam kesedihan, bunga orkid menasihati kawan-kawan yang lain supaya memaafkan bunga mawar dan lupakan apa yang terjadi walaupun dia pernah menghina bunga-bunga yang lain. Tamat sahaja cerita ni, cikgu saya bukan bagi upah 20 sen tetapi RM1.00 ;-)

Bila teringatkan kisah yang menjadi kenangan manis dalam hidup saya, saya jadikan bunga orkid berwarna ungu sebagai inspirasi dalam solekan fantasi saya.


Di antara kosmetik dan produk solekan yang saya gunakan untuk solekan fantasi ini adalah
  • Asas solekan saya gunakan Supra dan juga Mineralize Skinfinish dari MAC
  • Eyeshadow MAC ( Purple Haze) dan Glitter dari X-pert. Glitter ini saya beli di Jakarta, Indonesia semasa mengikut sifu saya belajar solekan di sana. Walaupun harganya sangat murah tetapi hasilnya sangat menarik. Ramai yang tidak suka menggunakannya glitter/pigment kerana ianya senang berterabur dan menjadi masalah apabila termasuk di dalam mata. Tip daripada saya adalah, basahkan eyeshadow brush sebelum menggunakan glitter /pigment. Gunakan teknik dap ke atas kelopak mata.
  • Lipstick ungu MAC (Goforit-Limited Edition) ni mmg paling saya suka sebab saya mmg sukakan warna ungu.
  • Lipliner saya gunakan Viva eyebrow pencil.

No comments:

Post a Comment