Tuesday 7 August 2012

MAC MAKEUP TECHNIQUE FOR MAKEUP ARTIST

MAC MAKEUP TECHNIQUE FOR MAKEUP ARTIST, Training Centre KLCC

Sebut je 'makeup artist' mesti customer tanya 'makeup pakai MAC tak', kalau jawab pakai akan ada soklan 'original tak kak'??? Buat pengetahuan para pembaca blog 'ahkak' ni mmg saya gunakan MAC original walaupun terketar2 tangan bila nak membayar di kaunter sebab sekali beli bukan RM100/200 tetapi mesti di atas RM500. Harga blending brush pun sebatang RM120. Bukan sebab banyak duit nak beli yang 'ori' tetapi kerana nak berikan yang terbaik dan produk berkualiti untuk customer. Bila yang ada tanya lagi 'MAC ori ke tak'??? So jawapannya lagi...mmg MAC ori dik bukan 'MEK' pasar malam, kalau nak gunakan perkhidmatan solekan daripada 'ahkak' gunakan tanpa was-was ye ;-)

Sampai sekarang saya belum ada member card MAC, dah bertahun-tahun borang keahlian ditangan bila pegi lupa nak bawa...lupa nak bawa ...lupa nak bawa...takpelah nanti letak jer dalam handbag, bila pegi lagi apply terus. Apapun terima kasih kepada promoter di Butik MAC kerana setiap kali shopping sakan..mesti dapat banyak sample. Diantaranya lipstick & foundation. Terima kasih daun keladi, bila saya datang nak lagi...wink ;-)

Oh sedikit intro di atas dan saya cerita ceriti mengenai gambar-gambar yang saya post pada kali ini. Kenalan Facebook dan juga rakan makeup artist, Ct Nordyna Nordin mengajak rakan2 makeup artist turut serta dalam workshop yang diadakan oleh MAC untuk makeup artist. Saya dapat tahu pun last minute, tak sempat nak jemput student kelas bridal makeup saya untuk turut serta. Insya Allah lain kali kalau ada lagi dan diberitahu lebih awal bolehlah saya ajak student kelas bridal makeup saya sebab dalam workshop ni banyak sangat info dan teknik makeup menggunakan produk MAC dengan cara yang betul dan hasilnya sgt AWESOME !!! Pada workshop kali ini, saya 'jatuh cinta' dengan MAC skincare, Lightfull. MAC voucher yang dapat masa workshop ni beli satu set (itu pun kena tambah duit sendiri jugak), reward untuk diri sendiri....

Mr. Shahrum, MAC makeup artist pada hari tersebut...best, macam Shahrum's Hari Raya Open House' sebab enjoy dengan makeup dan kuih-muih, kopi dan teh dari Coffee Bean...Yummy


Nampak tak yang berwarna merah tu??? rugi sangat2 siapa yang x beli masa ianya dikeluarkan sebab dalam tu ada 3 in 1. Dalam compact tu ada Mineralize Skinfinish soft & gentle, shading & Mineralize Blusher yg sgt cantik. Harga kalau tak silap saya RM120 jer, tapi kalau nak beli satu-satu hampir RM300. So jangan mengidam 'Wonder Woman' ye walaupun ianya best sebab keluaran limited edition.


Di antara kosmetik MAC yang disediakan pada hari workshop :-D (senyum sampai telinga dapat pakai walaupun pinjaman semata-mata)


Nota wajib kena ambil sebab bukan senang nak dapat tips yg best dari MAC makeup artist


The gorgeous MUA




Hasil solekan semasa workshop pada hari tersebut. Saya mmg suka solekan macam ni nampak soft & healthy



No comments:

Post a Comment