Saturday 25 August 2012

SOLAT SELEPAS BERSOLEK


Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Kedua-dua hendaklah bersolat terlebih dahulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya : "Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kepada kamu berdua"
- Sumber drp. Harian Metro

Semasa atau selepas bersolek di wajah bukanlah menjadi halangan untuk pengantin baru menunaikan solat sunat selepas akad nikah dan solat fardhu apabila masuk waktu solat untuk mendapat keberkatan dalam ikatan perkahwinan yg baru dibina.

Pengantin perempuan bolehlah mengambil wudhu dahulu dan kemudian jurusolek bolehlah memulakannya dan menyolekan pengantin perempuan seperti biasa. Jika anda menggunakan perkhidmatan jurusolek lelaki, minta dia memakai sarung tangan semasa menyolek anda bagi mengelakkan persentuhan yg membatalkan wudhu.

Jika anda menggunakan perkhidmatan sy sebagai jurusolek bagi majlis anda, jangan segan2 beritahu anda mahu solat bila masuk waktu, sy pun boleh tumpang solat sekali. Jangan risau dengan solekan anda semasa menunaikan solat, ianya tidak menjejaskan dan sy ada untuk membetulkannya sehingga siap sy menyempurnakan solekan di wajah anda. Gambar di bawah adalah salah seorang customer sy yang menunaikan solat Zohor selepas sy pakaikan makeup base, foundation, fake eyelash & eyeshadow di hari pernikahannya.


Semoga perkongsian ini memberi keberkatan kepada kita. Islam itu indah dan tidak menyusahkan .

Wasalam


2 comments:

  1. salam.bole tau berapa caj utk make-up bersanding?

    ReplyDelete
  2. salam..nk tnya mmg kalo khidmat solek dr lelaki yg pakai sarung tangan, wuduk pengantin perempuan x btal ke?

    ReplyDelete